Terkini

Pegawai Tourism Malaysia positif COVID-19 – MOTAC

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengesahkan seorang pegawai Tourism Malaysia, sebuah agensi di bawahnya, yang bertugas di ibu pejabat kementerian di sini didapati positif COVID-19.

Berikutan itu, MOTAC berkata semua pegawai dan kakitangan kementerian yang bertugas di bangunan ibu pejabatnya diarahkan menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah berkuat kuasa hari ini. 

“Bagi menangani penularan wabak pandemik COVID-19, bangunan MOTAC di Putrajaya telah disanitasi pegawai Kementerian Kesihatan (KKM)  pada petang Rabu (semalam),” kata MOTAC dalam satu kenyataan.

Menurut MOTAC, KKM turut mengesahkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri bukan kontak rapat serta tiada kontak secara langsung dengan pegawai terbabit.

Selain itu, ujian calitan yang dijalani Nancy pada petang semalam turut mengesahkan menteri berkenaan negatif COVID-19, demikian menurut kenyataan tersebut.

Bagaimanapun menurut MOTAC,  sebagai langkah berjaga-jaga Nancy akan menjalani satu lagi ujian calitan pagi ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: