Terkini

LHDN henti terima bayaran cukai guna cek kiriman pos

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menghentikan penerimaan bayaran cukai menggunakan cek melalui kiriman pos bermula 1 Jan tahun depan.

Menerusi kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan bermula dari tarikh itu, bayaran cukai boleh dibuat melalui laman rasmi LHDN www.hasil.gov.my, portal perbankan, kaunter bayaran di pusat bayaran LHDN, kaunter bank yang dilantik, mesin deposit tunai atau cek serta mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

“Bagaimanapun, pemberhentian itu tidak terpakai kepada bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah, Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara), Cukai Pegangan dan kompaun,” menurut kenyataan itu.

LHDN menjelaskan bahawa tiada resit pembayaran akan dikeluarkan melalui kaedah e-bayaran atau bank yang dilantik, sebaliknya pembayar cukai atau wakil cukai perlu menyimpan slip pengesahan bagi setiap transaksi yang dibuat.

“Semua slip pengesahan bank atau transaksi e-bayaran yang sah perlu disimpan dengan baik sebagai bukti pembayaran,” katanya.

Bagi mengelak caj lewat bayar, LHDN menasihatkan pembayar cukai atau wakil cukai untuk mematuhi ketetapan baharu itu serta menyegerakan sebarang bayaran cukai menggunakan cek melalui mel sebelum 1 Jan 2021.

Pembayar cukai boleh menghubungi Hasil Care Line LHDN di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 bagi mereka yang tinggal di luar negara, HASiL Live Chat, dan borang maklumat balas di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: