Terkini

UiTM di tangga 108 universiti terbaik Asia

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi MARA (UiTM) berada di tangga 108 universiti terbaik Asia berdasarkan penerbitan tahunan ranking universiti berpangkalan di United Kingdom, Quacquarelli Symonds (QS), semalam.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, berkata pencapaian yang dilaporkan dalam QS Asia Ranking 2021 itu menunjukkan peningkatan lima tahun berturut-turut iaitu sebanyak 73 anak tangga daripada kedudukan 181 pada tahun 2017.

“UiTM berjaya meningkatkan kedudukan sebanyak 11 tangga tahun ini berbanding di tangga 119 pada tahun 2019.

“Prestasi tahun ini menempatkan UiTM pada kedudukan 17 peratus terbaik Asia dengan pertambahan sebanyak 93 universiti yang dinilai dari seluruh Asia, manakala pertambahan sebanyak enam universiti dari Malaysia.

“UiTM menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam tiga petunjuk iaitu reputasi akademik, reputasi majikan dan jaringan penyelidikan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azraai berkata, QS Asia University Ranking menilai universiti berdasarkan 11 petunjuk utama antaranya adalah reputasi akademik, reputasi majikan, sitasi penerbitan, nisbah pelajar kepada staf akademik dan jaringan penyelidikan antarabangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: