Terkini

Selangor tawar ganjaran RM20,000 kepada penyalur maklumat jenayah alam sekitar⁠

SHAH ALAM – Selangor menawarkan ganjaran berjumlah RM20,000 kepada orang awam yang menyalurkan maklumat mengenai jenayah alam sekitar di negeri itu, sehingga pelakunya dapat dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata ganjaran itu adalah bagi memastikan orang awam turut terlibat, dalam membanteras kegiatan jenayah alam sekitar di negeri berkenaan.

Beliau berkata maklumat berterusan dan berguna diperlukan, supaya pelaku jenayah alam sekitar dapat diberkas serta didakwa, sehingga disabitkan kesalahan di mahkamah.

“Kerajaan negeri telah merangka pelbagai strategi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang, bagi meminimumkan kesan pencemaran sungai terhadap warga Selangor.

“Dengan sokongan serta penglibatan orang awam, tanggungjawab bersama untuk memelihara sumber air akan menjadi lebih berkesan, dan diharapkan mampu menggugat kegiatan jenayah tidak beretika itu,” katanya dalam status dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini.

Pada 10 Nov lepas, Kementerian Alam Sekitar dan Air, juga menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat serta bukti, sehingga tertangkapnya pencemar sumber air mentah di Sungai Selangor, yang menjadi punca gangguan bekalan air.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: