Luar Negara

Trump akan tinggalkan Rumah Putih

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memaklumkan akan meninggalkan Rumah Putih sekiranya Joe Biden secara rasmi disahkan ‘pemenang’ dalam pilihan raya presiden.

Trump sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengakui kekalahan dan masih meneruskan cubaan yang belum pernah berlaku sebelum ini iaitu menentang keputusan undian pada 3 November lalu.

Beliau turut menyebarkan teori liar mengenai undi yang dicuri dan memfailkan cabaran undang-undang yang tidak berasas di mahkamah seluruh negara itu.

Menjawab pertanyaan pertamanya dari wartawan sejak pilihan raya, Trump dilihat semakin hampir menerima hakikat bahawa beliau hanya akan memegang tempoh satu penggal jawatan sehingga 20 Januari tahun depan.

Ditanya adakah beliau akan meninggalkan Rumah Putih jika pihak berkuasa mengendalikan pilihan raya mengisytiharkan kemenangan Biden secara rasmi, Trump menjawab: “Tentu saja”.

“Tentu saja saya akan melakukannya dan anda pun sudah tahu.

“Tetapi jika mereka melakukannya, maka mereka melakukan kesalahan dan ini akan menyukarkan kami untuk menerima kekalahan.

“Hakikatnya, berlaku penipuan besar,” katnaya mengenai keputusan pemilihan presiden AS, tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Ketika sidang media semalam, Trump memberi gambaran bahawa infrastruktur pengundian AS bagaikan di negara dunia ketiga.

Sementara itu, Biden yang dipilih sebagai presiden Rabu lalu, berkata warga AS tidak melayan akan percubaan untuk menggagalkan keputusan pilihan raya. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: