Terkini

KKM belanja RM2.8 Juta rawat 9,222 perokok tahun lepas

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan sejumlah RM2.8 juta bagi memberikan rawatan berhenti merokok atau rawatan farmakologi kepada 9,222 perokok pada tahun lepas.

 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding RM2 juta yang dibelanjakan pada tahun sebelumnya untuk merawat seramai 12,640 perokok.

“Jumlah perbelanjaan ini meningkat kepada RM2.8 juta pada tahun 2019 namun jumlah mereka yang menerima rawatan farmakologi telah berkurangan kepada 9,222 orang atas faktor kenaikan harga ubatan semasa.

“Rawatan berhenti merokok iaitu rawatan farmakologi melibatkan dua jenis ubatan iaitu terapi pengganti nikotin termasuk pelekat nikotin dan gula-gula getah nikotin serta terapi pengganti bukan nikotin,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dr Adham berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) yang mahu Menteri Kesihatan menyatakan jumlah yang ditanggung KKM untuk program berhenti merokok seperti program mQuit dan sejauh manakah keberkesanan program itu.

Dr Adham berkata KKM juga telah melaksanakan satu inisiatif di bawah kerjasama awam-swasta bersama badan profesional, badan bukan kerajaan dan agensi swasta dalam program Perkhidmatan Berhenti Merokok iaitu mQuit.

“mQuit telah bermula sejak fasa satu iaitu tahun 2015 hingga 2017, fasa kedua pada 2017 hingga 2020 dan bakal memasuki fasa ketiga bermula 2021 sehingga 2025 dengan termeterainya memorandum persefahaman bersama pihak KKM. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan semua aktiviti dalam setiap fasa ditanggung badan profesional ini.

“Jumlah perokok yang mendaftar bagi mendapatkan rawatan berhenti merokok meningkat daripada 10,240 orang pada tahun 2017 kepada 22,601 orang pada tahun 2019,” katanya.

Dr Adham berkata melalui promosi penggalakkan berhenti merokok semasa pandemik COVID-19, lebih 3,442 orang telah mendaftar melalui laman sesawang Jomquit bermula 1 Jan hingga 21 Okt berbanding keseluruhan tahun 2019 iaitu seramai 1,678 perokok.

Beliau berkata daripada jumlah pendaftaran pada tahun 2020, sebanyak 3,254 orang atau 95 peratus telah mendaftar sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020, katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: