KUALA LUMPUR – Selepas sekian lama berteka-teki mengenai kehamilan kedua, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan bahawa beliau hamil empat bulan.
“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua,” katanya.
Memaklumkan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya sebentar tadi, Siti berkata dia dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa tiada niat untuk merahsiakan kehamilannya itu tetapi menunggu waktu yang sesuai untuk umumkan perkara itu.
Mendedahkan usia kandungannya kini sudah mencecah empat bulan, turut mengucapkan terima kasih diatas segala doa serta meluahkan rasa syukur diberi rezeki untuk hamil lagi selepas melahirkan Siti Aafiyah.

“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.
“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti,” katanya