Putrajaya – Seramai 18 orang bekas banduan dari Penjara Tapah yang menyertai program I-Kembali kini menarik nafas lega apabila berjaya mendapatkan kad pengenalan.

Pengerusi Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK),  Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad berkata ianya sebagai satu langkah wajib bagi membantu peserta terlibat yang kehilangan mahupun keciciran kad pengenalan.

Tambahnya lagi, kad pengenalan tersebut bagi memudahkan setiap peserta mendaftar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PERKESO mahupun proses membuka akaun bank apabila memulakan pekerjaan nanti.

“Kita di PERGAK akan memastikan setiap peserta yang tidak memiliki atau kehilangan kad pengenalan untuk mendapatkannya bagi memudahkan pendaftaran KWSP, PERKESO dan juga pendaftaran akaun bank”

“Mereka ini ada yang kehilangan kad pengenalan malah ada juga yang sudah tidak memiliki ic sejak 4 dan 5 tahun sebelum ini” katanya kepada Malaysianews T V.

“Alhamdulillah, pihak Jabatan Pendaftaran Negara memudahkan urusan permohonan dan kami amat berterima kasih atas kerjasama yang diberikan” tambahnya.

Bagi salah seorang peserta yang ingin dikenali sebagai Pak Lan, 37 tahun melahirkan rasa gembira apabila PERGAK mambantu memudahkannya mendapatkan semula kad pengenalan yang sebelum ini sudah lama hilang.

Beliau menjelaskan kad pengenalan tersebut memudahkannya untuk memulakan pekerjaan pada jumaat ini.

Program I-Kembali merupakan kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia bagi membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan selepas tamat hukuman penjara sekali gus membolehkan mereka membina hidup baharu.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading