Terkini

Akademi I-Kembali bakal lahir bekas banduan celik ilmu keusahawanan

Kajang – Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (Pergak) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia bakal memperkenalkan Akademi I-Kembali yang mengkhususkan latihan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ini sebagai satu langkah tambahan dibawah Program I-Kembali yang memfokuskan untuk bantu melahirkan bekas banduan mahir dalam latihan keusahawan di sektor IKS dan TVET.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak menjelaskan program ini disambut baik sebagai langkah baru kepada bekas banduan mahupun tahanan kategori Orang Bebas Berlesen (OBB) bagi mendapatkan pekerjaan serta membina kehidupan lebih baik selepas bebas.

“Jabatan Penjara Malaysia melihat inisiatif dan usaha dari Pergak ini sebagai satu perkara yang positif dan kami sentiasa mengharapkan adanya pihak mahupun pertubuhan sebegini bagi membantu bekas banduan memulakan kehdupan yang baik”

“Pada tahun ini bermula pada ogos, kami telah berkerjasama dengan Ghullam Development dengan membawa bekas banduan ke dalam sektor pekerjaan dan bukan itu sahaja, malah mereka juga dilatih dari segi motivasi diri” katanya dalam satu sidang media di Ibu pejabat Penjara Kajang.

Pengerusinya, Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad berkata cadangan penubuhan Akademi I-Kembali ini disambut baik oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia dan segala objektif bidang, kriteria dan SOP telah dipersetujui bersama dua belah pihak.

“Alhamdulillah, kami terima baik respon dari pihak penjara”.

“Akademi ini nanti kita fokuskan untuk latihan IKS dan TVET untuk melahirkan bekas banduan celik ilmu keusahawanan sebagai bekal untuk mereka menempuhi bidang keusahawanan dan pekerjaan.

“Penilaian peserta akan dibuat terlebih dahulu sebelum diserap dan kita menyasarkan mereka ini untuk menjadi usahawan berjaya dalam pelbagai bidang, Insya Allah, akademi ini akan beroperasi pada bulan Mac tahun depan” katanya kepada Malaysianews TV.

Difahamkan, sehingga kini seramai 400 peserta menyertai Program I-Kembali dan dianggarkan dijangka mencapai 1,000 orang menjelang akhir tahun ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: