Terkini

My Jet lancar pesawat kargo keempat, tingkat frekuensi penerbangan

Petaling Jaya – My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (MyJet) hari ini melancarkan pesawat kargonya yang keempat dan akan memulakan penerbangan malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Azrul Hisham Abdul Wahab berkata mengikut perancangan awal, pesawat keempat ini dijadualkan memulakan penerbangan pada suku kedua tahun hadapan, namun lonjakan permintaan semasa ianya diawalkan pada tahun ini.

“Seperti yang saya umumkan pada sidang media sebelum ini, pesawat ini sepatutnya dijadualkan penerbangannya pada second quarter tahun hadapan, tetapi kita awalkan berikutan permintaan yang tinggi.

Tambahnya, My Jet menambah satu lagi kekerapan penerbangan pada 5 petang dan 6 petang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching, masing-masing kepada seawal 11 pagi setiap hari ke kedua-dua tempat.

“Sekiranya operasi masih belum mencukupi, kita bercadang akan tambah penerbangan ketiga dalam dua minggu lagi iaitu petang dan malam,” katanya.

Pesawat Boeing 737-400F yang diberi nama Al-Fateha melalui penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Tawau dan Kuching bermula 15 Disember 2020, dan akan menerokai destinasi baharu di China dan IndoChina yang menjadikan kekerapan penerbangan ke Sabah dan Sarawak sebanyak 2 penerbangan setiap hari.

Menariknya, pesawat (9M-NEW) itu juga turut melakarkan potret penghargaan buat barisan hadapan dengan memaparkan lukisan wajah Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Wira dan wirawati (Doktor dan Jururawat dari Kementerian Kesihatan Malaysia), Ustaz Ebit Liew, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

My JET juga bercadang untuk meneroka segmen lain dalam industri penerbangan iaitu sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). 

Beliau ditemui pada majlis penyerahan sumbangan buat barisan hadapan di  Sykpark RAC di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Rohaizat Yon dan pendakwah, Ustaz Ebit Lew.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: