Hiburan

50 Artis veteran terima sumbangan

Sentul – Memahami nasib segelintir penggiat seni yang yang terjejas sumber pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19, seorang usahawan, Datuk Rahmah Jan Sulaiman Khan bersama artis Dato’ Khadijah Ibrahim berganding bahu menghulurkan bantuan buat 50 artis veteran.

Program sumbangan disalurkan kepada artis-artis veteran dibawah Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) berupa wang ihsan dan barangan asas bagi mengurangkan beban yang dihadapi.

Dato’ Khadijah Ibrahim menjelaskan program bantuan ini adalah hasrat daripada kenalannya dan beliau sebagai wakil artis berbesar hati adanya pihak yang sudi membantu artis veteran yang kurang berkemampuan.

“Saya dimaklumkan oleh Datuk Rahmah Jan yang beliau ingin menghulurkan bantuan kepada artis-artis veteran yang memerlukan, jadi saya terus memberitahu kakak saya Sophia Ibrahim dan beliaulah yang mengumpulkan nama-nama penerima, saya menguruskan pembelian barangan sumbangan.

“Alhamdulillah hari ini, sumbangan dapat disampaikan dan saya berharap adanya lebih banyak pihak-pihak yang ingin membantu untuk bersama menyumbangkan kepada mereka” katanya.

Beliau turut memaklumkan akan berusaha untuk memajukan aktiviti-aktiviti yang mampu membantu menjana pendapatan para artis veteran.

“Saya akan usahakan untuk mengadakan aktiviti untuk membantu artis veteran mampu menjana pendapatan dan selain itu, kita juga akan usahakan mendapatkan alamat artis veteran yang tidak sihat dan kurang kemampuan untuk kita hantar sendiri sumbangan ke kediaman mereka” jelasnya.

Tambah Datuk Rahmah Jan, beliau sentiasa terbuka untuk membantu bukan sahaja artis veteran malah golongan asnaf juga.

“Saya dan Dato Khaty memang aktif dalam kerja-kerja amal dan ini merupakan program pertama memberi sumbangan kepada artis veteran dan InsyaAllah selepas ini akan ada lagi lebih ramai untuk kita bantu” katanya.

Program sumbangan ini diadakan di dewan rukun tetangga Taman Datuk Senu, Sentul. Seramai 50 orang artis veteran dan 30 asnaf setempat menerima sumbangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: