Bisnes

Shopee 12.12 pecah rekod, 12 juta barangan terjual dalam 24 minit pertama

KUALA LUMPUR – Shopee menutup tirai musim membeli-belah akhir tahun dengan 12.12 Jualan Ulang Tahun yang memecah rekod di Malaysia. Aktiviti membeli-belah melonjak di seluruh negara, dengan lebih daripada 875,000 barangan dijual di Selangor dalam sejam pertama 12 Disember. Malah, seorang pengguna membuat 180 pesanan pada pagi 12 Disember.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Apabila kita berjaya memecah rekod sekali lagi bagi 12.12 Jualan Ulang Tahun serta mengharungi pelbagai cabaran selama tempoh lima tahun, ia menjadikan perjalanan ini amat berharga untuk kami semua di Shopee. Terutamanya bagi tahun ini, kerana tahun 2020 telah memberi pelbagai pengalaman kepada kita.

Dengan keadaan sekarang yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kami ingin memastikan bahawa ulang tahun kelima kami merupakan hari istimewa bukan hanya untuk Shopee tetapi lebih-lebih lagi, untuk mereka yang menerima perkhidmatan kami.”

Pada awal bulan ini, Shopee mengumumkan langkah-langkah untuk memanfaatkan trafik dari platformnya bagi menarik kunjungan ke kedai fizikal peruncit luar talian. Beratus ribu rakyat Malaysia merebut tawaran Makanan dan Minuman menarik yang terdapat di Shopee dengan diskaun hingga 98% untuk pelbagai makanan, minuman, set makanan dan banyak lagi. Perniagaan seperti FamilyMart mencatatkan jualan hampir 80,000 baucar bagi pelbagai tawaran sepanjang tempoh kempen dari 1 Disember hingga 12 Disember; sekali gus berjaya menarik kunjungan puluhan ribu pelanggan baharu dan sedia ada ke kedai mereka.

Selain itu, Shopee menyajikan Basque Burnt Cheesecake Sofuto Sundae FamilyMart yang terkenal kepada lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia melalui permainan Shopee Farm sebagai sebahagian
daripada sambutan ulang tahunnya dan sokongan terhadap rakan luar taliannya.

Kelengkapan Rumah dan Kediaman, Barangan Runcit, Barangan Kesihatan dan Kecantikan serta Gajet Mudah Alih dan Aksesori merupakan antara kategori produk yang paling popular dengan rakyat Malaysia mengambil peluang untuk memenuhi keperluan harian dan hiburan mereka.

Sementara itu, di peringkat rantau yang merangkumi tujuh pasaran di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee mencatatkan 12 juta barangan dijual dalam masa 24 minit pertama pada 12 Disember.

Pada waktu puncaknya, 1 juta barangan dibeli dalam seminit dengan para pengguna memilih daripada lebih 2 bilion produk. Para pengguna juga meluangkan lebih banyak masa di permainan dan ciri dalam aplikasi Shopee, yang menawarkan hadiah dan nilai yang lebih hebat.

Lonjakan aktiviti membeli-belah juga disertai dengan peningkatan penggunaan pembayaran digital. Secara khusus, para pengguna menikmati kemudahan dompet mudah alih bersepadu Shopee, ShopeePay dengan pesanan yang dibayar melalui dompet mudah alih tersebut meningkat sebanyak 18 kali ganda berbanding hari biasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: