Terkini

Dewan Rakyat pada esok dan Khamis bersidang hingga 2 petang

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat pada esok dan Khamis akan bersidang dari 10 pagi hingga 2 petang.

Ketika mengemukakan usul itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata ia dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 12 (1). 

Usul itu dipersetujui di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Takiyuddin turut mengemukakan usul merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 16 (6) bagi membolehkan persidangan kamar khas pada Rabu (16 Dis) dan Khamis (17 Dis) diawalkan ke 12 tengah hari hingga 2 petang, atau setelah selesai urusan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Kamar Khas. 

Selain itu, usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 24(5A), 24A(5) dan 24A(7) bagi membolehkan sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dipendekkan kepada 10 minit dengan Ahli yang mengeluarkan pertanyaan akan dipanggil untuk membaca soalan dan kemudian dijawab menteri dengan tiada pertanyaan tambahan, pada Khamis. 

“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 19 (2) dan dengan persetujuan Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa beberapa peraturan mesyuarat,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: