Gaya Hidup

realme 7 5G dengan Cip MediaTek Dimensity 800U 5G

Petaling Jaya – realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu realme 7 dan realme 7 Pro. Kedua-dua telefon ini menampilkan spesifikasi menarik untuk peranti kelas pertengahan dan merupakan telefon pertama dalam dunia yang menerima pengiktirafan TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification dari Jerman.

Sarat dengan pelbagai ciri canggih, realme 7 5G boleh dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan setanding telefon pintar mercu.

Peranti realme 7 5G dijana dengan cip pemproses 7nm, MediaTek Dimensity 800U 5G berkuasa tinggi, setaraf dengan keperluan teknologi 5G.

Ini menjadikan realme 7 5G peranti pertama menggunakan MediaTek Dimensity 800U di Malaysia. 

Lebih mengagumkan, cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800U 5G memperoleh penanda aras AnTuTu sekitar 340,000 mata.

Ia jauh lebih berkuasa jika dibandingkan dengan pemproses Snapdragon 765 yang setaraf dengannya, hanya memperoleh 291,577 mata pada ujian AnTuTu.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme 7:

  • Cipset MediaTek Helio G95
  • RAM 8GB + storan 128GB
  • Slot mikroSD
  • Paparan 6.5 inci FHD+ 90Hz
  • Kamera utama quad 64MP IMX682 + 8MP ultra lebar + 2MP lensa potret monokrom + 2MP lensa makro
  • Kamera swafoto 16MP
  • Bateri 5,000mAh
  • Pengecasan pantas 30W
  • realme UI berasaskan Android 10
  • Pilihan warna Mist White dan Mist Blue

Dengan sokongan cip berteknologi 5G, peranti realme 7 5G menjanjikan pengalaman permainan mudah alih terbaik kepada pengguna tanpa sebarang sekatan dan gangguan.

Selain itu, cip pemproses ini juga terdiri daripada dua teras Cortex-A76 berprestasi tinggi pada kelajuan 2.4GHz dan 6 teras Cortex-A55 berkelajuan sehingga 2GHz serta unit pemprosesan grafik (GPU) Mali-G57.

Jika dibandingkan dengan pemproses siri Dimensity 700, pemproses pada realme 7 5G menawarkan kelajuan pembukaan aplikasi 1.4 kali lebih pantas.

Markah ujian penanda aras bagi CPU juga 11 peratus lebih laju manakala prestasi GPU pula 28 peratus lebih cekap, menjadikan realme 7 5G cukup efisien.

Untuk spesifikasi sehebat ini, realme 7 5G diyakini mampu menawarkan prestasi dan pengalaman penggunaan terbaik kepada si pemilik.

5G 5G+5G DSDS

Image

Selain itu, realme 7 5G turut dipadankan dengan sokongan 5G+5G DSDS. 

5G+5G DSDS bermaksud peranti ini menyokong rangkaian 5G pada kedua-dua SIM untuk pengalaman internet berkelajuan tinggi di mana sahaja.

Setakat ini, realme 7 5G menjadi telefon pintar pertama menyokong teknologi seumpama ini dalam kelasnya.

Bukan itu sahaja, ia turut menyokong 5G-CA (2CC 5G Carrier Aggregation) yang berupaya meningkatkan kestabilan panggilan.

Bagi semua penawaran ini, realme 7 5G menjanjikan pengguna pengalaman teknologi 5G terpantas dan menyeluruh tidak kira apa penyedia rangkaian telekomunikasi pilihan anda.

5G adalah teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima. Dalam pengertian mudah, pengguna bakal menikmati internet berkelajuan lebih tinggi berbanding 4G. 

Biarpun rangkaian 4G sudah memadai, 5G hadir tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan teknologi baharu.

Walau bagaimanapun, menyedari teknologi 5G masih belum sedia untuk ditawarkan kepada pengguna, realme 7 5G turut menawarkan sokongan terbaik bagi capaian 2G, 3G dan 4G.

Paparan skrin lancar

Image

Melangkaui fungsinya sebagai peranti perhubungan, realme 7 5G juga boleh dikategorikan sebagai peranti permainan mudah alih ideal. 

Untuk melayakkannya berada dalam kategori ini, panel skrin yang digunakan mesti mempunyai kadar segar semula yang tinggi iaitu antara 90Hz hingga 120Hz.

realme 7 5G hadir dengan panel skrin 120Hz, mampu menghasilkan 120 bingkai sesaat atau sekitar 100 peratus lebih banyak berbanding skrin paparan 60Hz yang masih digunakan pengeluar telefon pintar lain di pasaran.

Selain itu, skrin paparan realme 7 5G juga dilengkapi kadar pensampelan 180Hz, memastikan setiap input pada skrin mendapat maklum balas  serta merta terutama sewaktu bermain permainan mudah alih.

Peranti terbaharu realme ini juga hadir dengan paparan skrin berukuran 6.5 inci, mempunyai resolusi FHD+ (2400 x 1080) dan reka bentuk kompak, menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih memuaskan.

Tidak cukup dengan itu, realme 7 5G turut dilengkapi sistem yang boleh mengubah kadar segar semula skrin secara automatik mengikut keperluan penggunaan, menawarkan keseimbangan pengalaman visual dan penjimatan bateri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: