Bisnes

MATRADE saran PKS mohon inisiatif MDG dan SEF

Kuala Lumpur – Berikutan penularan Covid-19 sejak Febuari tahun ini, ekonomi negara dan pendapatan pelbagai sektor dilihat mengalami impak penurunan yang ketara. Tidak kira apa jua sektor malah perdagangan eksport juga terkena tempiasnya.

Dengan kesedaran dan usaha untuk meningkatkan kembali ekonomi, International Strategic Institute (ISI) dengan kerjasama  Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam satu tele-sidang menjelaskan langkah-langkah serta usaha bagi membantu perniagaan yang terjejas.

Plak dan sijil penghargaan disampaikan oleh Presiden ISI, Dato’ Dr Gavin Voon kepada Pengurus Pembangunan Eksport PKS (x-SEED), Shah Nizam Ahmad

Presiden ISI, Dato’ Dr Gavin Voon, berkata tele-sidang ini bertujuan untuk membantu sektor perniagaan kecil dan sederhana (SME) bagi merebut peluang yang disediakan MATRADE dalam fokus pembangunan perniagaan menjelang 2021.

“Kami tekad untuk membantu PKS dalam masa sukar ini dengan menyalurkan info kepada pemilik perniagaan mengenai geran yang boleh dipohon seperti MDG dan SEF.

“Ini bertujuan membawa perniagaan mereka menuju standard antarabangsa, setiap PKS yang memenuhi syarat layak untuk memohon geran dengan maksimum RM 300,000 bagi setiap syarikat”.

Pengurus Pembangunan Eksport PKS (x-SEED), Shah Nizam Ahmad

Pengurus Pembangunan Eksport PKS (x-SEED), Shah Nizam Ahmad menjelaskan MATRADE sedia membantu syarikat dalam pertumbuhan eksport dan secara tidak langsung membantu melonjakkan lanskap ekonomi negara.

Dalam sesi tele-sidang ‘Pocket Talk’ baru-baru ini, beliau turut menyarankan pemain industri memohon dua inisiatif utama untuk menyokong PKS, iaitu Geran Pembangunan Pasaran (MDG) dan Dana Eksport Perkhidmatan (SEF).

MDG adalah geran yang dapat membantu PKS dalam aktiviti promosi eksport sementara SEF membantu penyedia perkhidmatan Malaysia untuk melakukan aktiviti untuk memperluas dan menceburkan diri ke pasaran antarabangsa.

Bagi geran MDG, permohonan adalah sehingga RM300,000 bagi setiap syarikat. Syarikat mesti beroperasi lebih dari satu tahun dan berdaftar dengan MATRADE. MDG merangkumi penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa, misi pelaburan perdagangan, persidangan antarabangsa di luar negara dan menyenaraikan bayaran untuk produk buatan Malaysia di pasar raya atau pasar raya besar.

Permohonan MDG diperluas buat sementara waktu tahun ini untuk membantu syarikat menanggung 30% kos logistik sehingga RM15,000 setiap penghantaran untuk menghantar barang ke luar negara. Ia juga akan meliputi pembayaran balik kerana pembatalan atau penangguhan acara promosi perdagangan untuk item yang tidak dapat dikembalikan seperti yuran penyertaan, penginapan dan tambang dan ini dapat membantu peniaga dari kerugian yang ditanggung berikutan pandemik covid-19.

Tambah Shah Nizam lagi, SEF pula menawarkan bantuan sehingga RM5 juta bagi setiap syarikat untuk tempoh 2015-2020. Syarikat mesti dimiliki sekurang-kurangnya 60% rakyat Malaysia, beroperasi lebih dari satu tahun dan berdaftar dengan MATRADE.

Semua sektor perkhidmatan layak untuk SEF kecuali pelancongan dan kewangan. Pemberian SEF dapat dikembalikan 50% untuk aktiviti seperti penyertaan dalam pertandingan, perkhidmatan di luar negara atau penyampaian kepada bakal pelanggan, penubuhan pejabat di luar negara dan kos logistik, serta lain- lain.

Pada tahun 2019, eksport PKS meningkat kepada RM176.3 bilion atau 17.9% berbanding RM171.8 bilion atau 17.3% daripada jumlah eksport pada tahun 2018. Namun, angka tersebut mencatatkan penurunan pada tahun 2020 dan dengan usaha ini dapat membantu menunjukkan peningkatan pada 2021 dan tahun mendatang.

MATRADE menambah bahawa 91% PKS mengalami penurunan eksport tahun ini sementara 84% PKS telah kehilangan pasaran antarabangsa.

Selain itu, 62% menunjukkan bahawa pembeli tidak akan terus mengimport dari PKS dan 11% PKS berpendapat bahawa mereka hanya dapat menghidupkan semula eksport mereka setelah dua tahun.

Antara yang hadir dalam tele-sidang adalah Presiden Centennial Charter, Prof Dato’ Sri Dr. Johnny Chai, Dato’ Dr. Gavin Voon, Presiden ISI; Ho Mun Kit, CFO ISI; Joeanne Ooi, Presiden Kelab Rotary Kepong Kuala Lumpur; William See, Presiden JCIKLM; Tan Jia Xiang, Setiausaha Agung JCIKLM; Alice Hoo, Pengarah Pemasaran M&M Prestige Sdn Bhd; Pang Kang Hong, Ketua Bahagian Cukai Eurogain dan Yeap CK, Pensyarah ISI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: