Gaya Hidup

Canon pupuk tabiat membaca di kalangan bakat muda

SHAH ALAM – Kepentingan membaca tidak dapat dinafikan, terutamanya bagi kanak-kanak yang dalam usia di mana mereka seharusnya meneroka kreativiti masing-masing. Seiring dengan objektif ini, Program Canon Young Readers berusaha membantu kanak-kanak mengembangkan imaginasi mereka dengan menyumbangkan buku-buku yang ditulis dan dilukis hasil gandingan istimewa penulis dan pelukis dari Malaysia.

Buku bertajuk “The Currypuff War of Kampung Asam” ini adalah hasil karya pasangan adik-beradik Lim/Sisters Lim yang berbakat, yang bertanggungjawab menghasilkan lukisan dan cerita di dalam buku tersebut.

Buku ini mengisahkan dua orang pak cik yang masing-masing percaya bahawa karipap merekalah yang terbaik di kampung itu. Persaingan ini menjadi lebih sengit apabila mereka mengambil bahagian dalam pesta makanan di kampung tersebut.

Kisah yang ditulis dengan mesra dan dihiasi ilustrasi yang menarik ini adalah salah satu hasil karya Sisters Lim yang memberi pengajaran kepada kanak-kanak bahawa kerjasama amat penting dalam mencapai sesuatu matlamat.

Dalam keadaan sekarang, kita digalakkan untuk membaca. Canon mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan hobi membaca yang telah wujud sejak sekian lama, membantu orang ramai menghargai karya-karya penulis tempatan.

Trend masa kini banyak bertumpu kepada interaksi dalam talian berbanding fizikal, dan ini menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak yang meluangkan banyak masa dalam talian melalui pelbagai peranti elektronik.

Canon bekerjasama dengan Sisters Lim untuk mendermakan 200 buah buku kepada kanak-kanak dari 10 rumah kebajikan dan komuniti PPR di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan generasi akan datang di Malaysia.

Selain buku, Canon juga mendermakan makanan dan barangan keperluan kepada keluarga-keluarga ini untuk membantu meringankan beban mereka dalam keadaan yang mencabar ini. Dengan pencetak warna Canon imagePRESS, buku-buku ini dicetak menggunakan 100% fiber pascapengguna yang disahkan oleh Majlis Pengawasan Hutan.

“Kami di Canon Malaysia amat mementingkan kelestarian. Kami juga terlibat dalam pencetakan; oleh itu, kami mengadakan program menanam pokok setiap tahun untuk mengimbangkan jejak kabon kami. Kami juga memberi kanak-kanak peluang meneroka minat dalam bidang fotografi melalui aktiviti-aktiviti di Kidzania yang telah mendidik begitu ramai kanak-kanak.

Kali ini, program Young Readers bukan sekadar memupuk tabiat membaca, tetapi juga menggalakkan kanak-kanak berfikir tentang nilai-nilai murni dari kisah-kisah yang dibaca. Ini juga menguji inovasi kami, bagaimana ia boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Kekuatan kami dalam pengimejan dan pencetakan membolehkan kami mencipta begitu banyak peralatan untuk pelbagai tujuan, mencetuskan kemungkinan yang tiada batasan tentang bagaimana teknologi kami boleh digunakan,” kata Andrew Koh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Canon Marketing Malaysia.

Canon percaya dengan usaha memupuk nilai-nilai melalui tabiat membaca yang baik dalam masyarakat. Falsafah Kyosei diserap ke dalam keseimbangan antara masyarakat dan persekitaran dalam kepentingan perniagaannya dengan bekerjasama untuk mencapai manfaat yang boleh dinikmati bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: