KUALA LUMPUR – Program Tukar Minyak Hitam Secara Percuma untuk 300 penunggang motorsikak termasuk penghantar pesanan makanan diadakan di hadapan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri hari ini.

Program dirasmikan oleh Ahli Parlimen merangkap Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau menjelaskan, sumbangan itu bukanlah satu gimik politik mahupun meraih sokongan namun ia merupakan tanggungjawab kemasyarakatan bersama meringankan beban masyarakat setempat di situ.

“Bantuan ini bukan satu gimik tetapi ini tanggung jawab kita untuk masyarakat.

“Bukan sahaja minyak hitam, kita juga turut bersama membantu menghulurkan sumbangan seperti keperluan asas bagi yang memerlukan lebih-lebih lagi ketika pandemik covid-19 ini” katanya kepada Malaysianews TV.

“Program tukar minyak hitam secara percuma hari ini memberi manfaat kepada 300 penunggang motosikal jadi sudah tentu ia bukan lah gimik jika libatkan sejumlah yang ramai sebegini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan Yang Dipertua Pas Kawasan Bandar Tun Razak, Shukor Md. Aziz.

Pada program tersebut penerima bukan sahaja berpeluang menukar minyak hitam secara percuma malah menerima pek makan tengah hari.

“Tadi saya sempat bertemu sebahagian daripada mereka (rider), ada yang berusia 79 tahun dan paling muda pula 26 tahun. Semangat mereka itu buat saya kagum.

“Berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima dan jika ada keperluan, mungkin kita akan anjurkan lagi program seumpama selepas ini sebagai membantu mengurangkan bebanan mereka semasa mendepani musim pandemik ini,” ujarnya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading