Terkini

McDonald’s ‘belanja’ 35,000 set Happy Meal, ceriakan anak yatim

Kuala Lumpur – Dalam usaha membawa keceriaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, McDonald’s Malaysia dan pelanggannya menyumbang 35,000 hidangan Happy Meal kepada kanak-kanak di rumah anak yatim terpilih di seluruh negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Pengarah Kanan Operasinya Felina Lim berkata, inisiatif terbaharu McDonald’s itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk menceriakan dan memberi kebahagiaan kepada kanak-kanak di rumah anak yatim seluruh negara sehingga pertengahan Januari depan.

Memetik laporan portal media tempatan, penganjuran program sumbangan Happy Meal di restoran McDonald’s di seluruh negara telah berlangsung selama lebih sebulan, bermula Oktober lalu sehingga pertengahan November lepas.

“Pelanggan kami sangat responsif dan telah menderma sejumlah 17,891 hidangan Happy Meal dan kami menyepadankan jumlah itu menjadi 35,000 hidangan Happy Meal untuk diedarkan kepada kanak-kanak di lebih 1,000 rumah anak yatim terpilih di seluruh negara,” katanya.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar berkata, pihaknya mengedarkan hidangan Happy Meal ke rumah-rumah anak yatim terpilih di seluruh negara dari 16 Disember sehingga 10 Januari tahun hadapan.

Beliau berkata daripada 1,200 aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan pada 2015, McDonald’s Malaysia berjaya menjalankan lebih 7,000 aktiviti pada tahun ini.

Sepanjang tahun ini, McDonald’s telah menaja hampir 200,000 hidangan makanan untuk petugas barisan hadapan negara termasuk pekerja hospital, polis dan tentera.

“Satu-satunya pengajaran pada 2020 adalah amat penting untuk kita bersatu padu sebagai sebuah negara dan komuniti. Sumbangan terbaharu kepada rumah anak yatim ini memaparkan semangat kolaboratif #KitaBoleh yang akhirnya akan memberi kesan positif terhadap komuniti,” kata Azmir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: