Gaya Hidup

Perak ikon destinasi percutian santai dan ‘extreme’

Ipoh – Sebagai inisiatif kerajaan negeri melalui Tourism Perak untuk membantu memulihkan sektor pelancongan domestik, Perak menawarkan pelbagai inisiatif dan kempen bagi memastikan negeri ini menjadi pilihan pengunjung.

Melalui program adventure Tourism @ Perak FAM Trip yang membawa media, persatuan pelancongan lasak serta ekspatriat antarabangsa menikmati pengalaman percutian di Perak antaranya Sunway Lost World Of Tambun, Gua Datok, Gua Tempurung, Kellie’s Castle, Galeri Lat, Bagas Zakaria, Kapal Korek Tanjung Tualang (TT5) serta beberapa tempat lagi.

Selain itu, para peserta program turut merasai pengalaman yang mencabar dengan mendaki ke puncak Gua Datok di Tambun, merentasi denai dengan ATV, menongkah arus dan jeram dalam aktiviti water rafting dan menelusuri laluan gelap di Gua Tempurung.

Pengerusi Tourism Perak, Datuk Mohamad Kamil Shafie berkata, Perak adalah sebuah negeri wajib dilawati kerana terdapat pelbagai lokasi menarik bukan sahaja untuk seisi keluarga malah kepada penggemar aktiviti lasak.

“Kami amat berharap dan mengalu-alukan kedatangan para pengunjung ke Perak, kerana Perak adalah destinasi percutian yang masih ada warisan dan sejarah yang boleh dipelajari.

“Bukan itu sahaja, Perak juga sesuai untuk penggemar sukan lasak kerana khazanah gunung, gua dan sungai yang sesuai untuk aktiviti pendakian, water rafting, snorkeling, glamping dan banyak lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa turut mengajak rakyat Malaysia bercuti dalam negara bagi melonjakkan kembali industri pelancongan Malaysia amnya dan pelancongan Perak khususnya.

Beliau turut menekankan Tourism Perak sentiasa mengamalkan SOP Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai langkah awal dalam menerima pengunjung .

“Alhamdulillah, sejak pihak kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri, kami telah bersedia menerima pengunjung dari negeri lain untuk bercuti di Perak dengan pelbagai kempen promosi seperti menawarkan Travel Baucer #TravelPerakLah kepada pelancong.

“Kita perlu mempertingkatkan lagi promosi ini untuk menjamin pekerjaan dalam industri pelancongan ini. Ia menggalakkan (pertambahan tempahan), tetapi kita perlu segera mempertingkatkan kerana jika tidak kita akan mempunyai masalah bagi pengusaha hotel mengekalkan pekerja dan menjalankan operasi,” katanya ketika ditemui dalam majlis makan malam bersama peserta di Lost World Of Tambun.

Beliau turut berpendapat, program Fam Trip sebegini juga patut diteruskan bagi membuktikan kerjasama media, agensi pelancongan serta kerajaan dalam menjayakan misi pembangunan industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi turut menyasarkan kemasukan pengunjung bakal meningkat kepada 200% sejak kebolehan merentas negeri diumumkan serta pelbagai promosi yang diperkenalkan.

“Kami telah mengadakan pelbagai promosi termasuk baucer #TravelPerakLah serta diskaun menarik yang boleh dinikmati oleh setiap pengunjung dan ini akan berterusan sehingga tahun 2021 serta akan ditambah baik untuk kita mengajak ramai lagi untuk bercuti ke Perak.

“Saya berharap Perak bukanlah sebagai destinasi persinggahan untuk ke negeri lain tetapi pilihlah Perak untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan, kerana disini ada pelbagai lokasi yang pasti anda ingin datang lagi” katanya ketika ditemui pada hari kedua program di Bagas Zakaria.

Menurutnya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi menganjurkan program pelancongan selain menaik taraf infrasturktur pelancongan tahun depan.

Antara inisiatif tersebut adalah pemberian RM700 kepada 300 pemandu pelancong, RM2,000 kepada 200 syarikat agensi pelancongan dan pengembaraan serta 10,000 keping baucar #TravelPeraklah dan RM10,000 kepada 12 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelancongan di Perak. 

“Daripada peruntukan tersebut, sebanyak RM4.4 juta untuk naik taraf infrastruktur pelancongan termasuk Ban Pecah di Tanjung Piandang dan Pulau Bangau di Teluk Intan,” katanya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: