Terkini

Sumbangan capai sasaran, Syed Saddiq tunai janji botakkan kepala

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunaikan nazar untuk membotakkan kepalanya apabila sasaran sumbangan sebanyak RM200,000 bagi membeli komputer riba kepada pelajar di kawasan parlimennya tercapai.

Lebih menarik, sesi mencukur kepala ahli politik muda itu disiarkan secara langsung di sebuah rancangan televisyen tempatan dan dilakukan sendiri oleh ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz. 

“Bismilahirrahmanirahim, berjuanglah anakku demi rakyat,” demikian lafaz Sharifah Mahani sebaik memulakan cukuran kepala anaknya itu.

Dalam siaran itu juga, Syed Saddiq menceritakan pengalaman rambutnya digunting ibu beliau sejak berusia enam tahun.

Sesi itu kemudian diambil alih seorang tukang gunting profesional bagi melengkapkan cukuran rambutnya sehingga botak.

Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah melancarkan kempen #1keluarga1laptop dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak mereka.

Beliau menyasarkan 500 keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah yang mempunyai anak yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Kempen itu berjaya mengumpulkan RM383,000 dalam tempoh lima hari.

“Setakat ini, sebanyak 120 keluarga di Parlimen Muar telah menerima komputer riba tersebut,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: