Terkini

Amaran cuaca buruk di Kelantan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan berlaku hari ini, membabitkan daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon dalam kenyataan, berkata amaran cuaca waspada peringkat kuning turut dikeluarkan bagi daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu, serta Pahang pada tempoh yang sama.

“Dalam tempoh itu, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri-negeri pantai timur Semenanjung dan Sabah.

“Kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, Sarawak dan Sabah dijangka mengalami kejadian ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang, terutamanya pada waktu petang sehingga awal malam,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh.

Kenyataan itu turut menyatakan angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dalam tempoh berkenaan.

Jailan turut memaklumkan di perairan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 50 km/j dengan ombak sehingga 3.5 meter dijangka boleh berlaku dalam tempoh itu.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: