Politik

Saya tiada apa komen buat masa ini… tempoh bertenang – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang memberi peluang kepadanya berkhidmat sebagai Setiausaha Agung BN.

Dalam satu tangkap layar WhatsApp yang dikongsi di Twitter beliau sebentar tadi, Annuar menjelaskan beliau dimaklumkan mengenai berita pemecatan daripada jawatan itu menerusi media.

“Saya diberitahu oleh media saya dipecat sebagai SUA (Setiausaha Agung) BN dan SUA MN (Setiausaha Agung Muafakat Nasional).

“Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan berkhidmat di kedua-dua jawatan tersebut sebelum ini.

“Selamat maju jaya DS Presiden,” katanya dalam WhatsApp itu yang difahamkan dikirimkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan juga memaklumkan untuk tidak memberi sebarang ulasan berhubung pemecatan itu buat masa ini.

“Ramai yang minta komen… saya tiada apa komen buat masa ini… tempoh bertenang,” katanya.

BN hari ini memecat Annuar sebagai Setiausaha Agung BN dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan akan mengambil tugas alih Annuar selepas ini.

Keputusan pemecatan itu dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Ahmad Zahid di ibu pejabat UMNO, hari ini.

Annuar sebelum ini dikritik hebat akar umbi UMNO yang mengaitkan beliau kononnya membawa suara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: