Terkini

GRCC bakal tambah dua unit penempatan bekas banduan berkeluarga

Sepang – Sebagai satu inisiatif dan visi membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan selepas tamat hukuman penjara sekali gus membolehkan mereka membina hidup baharu, Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) melalui Program I-Kembali menyediakan pusat penempatan Ghullam Recovery Care Centre (GRCC) untuk memudahkan para peserta.

Dalam satu lawatan, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak menyatakan rasa puas hati terhadap usaha ini dan melihat keberkesanan program dalam membantu bekas banduan mengubah kehidupan agar lebih baik.

“Saya rasa bersyukur melalui program I-Kembali ini sekali gus dapat membantu bekas banduan dan juga Orang Bebas Berlesen (OBB) dapat membina kembali hidup ke arah yang baik dengan adanya peluang pekerjaan.

“Saya juga dimaklumkan ada beberapa bekas banduan yang sudah membawa keluarga, anak dan isteri untuk tinggal bersama, ini kerana mereka mampu menjaga keluarga sendiri selepas beberapa bulan bekerja dan miliki gaji sendiri” katanya kepada Malaysianews TV.

Beliau juga turut menyatakan sokongan agar program ini diteruskan dan ditambah baik pada tahun ini agar lebih ramai bekas banduan diberi peluang pekerjaan dan berharap mereka tidak kembali kepada kegiatan jenayah atau salah laku sebelum ini.

“Saya harap program ini diteruskan lagi dengan pengisian lebih baik dan ini sekali gus membantu mengurangkan kesesakan dalam penjara apabila banduan yang sama kerap keluar masuk, kami di Jabatan Penjara Malaysia akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada Pergak” tambahnya.

Pengerusinya, Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad memaklumkan akan menambah dua unit penempatan di GRCC bagi menampung jumlah peserta yang akan bertambah pada tahun ini.

Selain itu, unit baru itu juga bakal memuatkan bilik kelamin bagi peserta yang berkeluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: