Sungai Buloh – Seramai 3,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Paya Jaras menerima bantuan peralatan sekolah.

Sumbangan berjumlah RM300,000 sempena program Kembali Ke Sekolah sesi 2021 anjuran Adun Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman seperti set pakaian, kasut, stokin, pelitup muka dan beg.

“Program ini khusus untuk keluarga B40 terutama yang terjejas ketika pandemik Covid-19,” kata Khairuddin ketika ditemui.

Tambahnya lagi, jumlah penerima dibahagi kepada beberapa fasa bagi mengikuti SOP Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengelakkan kesesakan semasa hari penerimaan bantuan.

Dalam masa sama, Khairuddin turut menyantuni seramai 92 orang anak-anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni bagi menghulurkan sumbangan kelengkapan persekolahan.

“Kami turut tidak melupakan anak-anak dari rumah perlindungan dan mereka ini juga antara yang patut menerima bantuan dalam program back to school ini.

“Saya berharap dengan bantuan ini dapat mengembalikan semangat anak-anak ini untuk memulakan persekolahan pada tahun 2021 dan juga meringankan beban berikutan ada golongan yang terjejas berikutan pandemik covid-19” katanya.

Pada masa sama, beliau juga turut berbesar hati meraikan anak-anak yatim di situ yang menerima bantuan makanan dari Mc Donalds Malaysia dalam program kebajikan sumbangan pelanggan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading