Gaya Hidup

MYDIN menawarkan pembayaran tanpa sentuhan melalui ShopeePay

SUBANG JAYA – Rangkaian pemborong dan peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) kini menawarkan ShopeePay di cawangannya di seluruh negara, menjadikannya pasar raya besar pertama di negara ini untuk berbuat demikian.

Kerjasama strategik antara MYDIN dan dompet mudah alih ShopeePay memberikan pilihan
pembayaran tanpa sentuhan baharu untuk pelanggan MYDIN dengan tujuan meningkatkan
kecekapan pembayaran dan menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan pada masa yang
membimbangkan ini.


Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN berkata, “Dengan trend
semasa di mana lebih daripada ribuan transaksi dilakukan di cawangan-cawangan kami,
memperkenalkan ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran akan membantu
mempercepatkan proses apabila dibandingkan dengan pembayaran secara tunai di kaunter.

Dengan menggunakan sistem ini, ia juga dapat mengurangkan kadar kesilapan manusia.”
“Kami sedang melakukan yang terbaik demi memutuskan rantai penularan Covid-19.
Pembayaran tanpa sentuhan merupakan salah satu langkah berjaga-jaga yang berkesan untuk
mengurangkan sentuhan dan melindungi kakitangan serta pelanggan kami di cawangan
MYDIN.”


Sempena kerjasama ini, para pengunjung MYDIN akan menikmati pulangan tunai istimewa
sekali sahaja bernilai RM4 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM10 dan
membayar dengan ShopeePay di mana-mana cawangan MYDIN dari sekarang hingga 28
Februari 2021, atau sehingga ia ditebus sepenuhnya. Para pembeli juga bakal menerima
pulangan tunai RM3 setiap hari bagi pembelian seterusnya di mana-mana cawangan apabila
mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM15 dalam satu transaksi.


Selain itu, pengunjung yang menggunakan ShopeePay buat kali pertama akan menerima
baucar RM8 apabila mereka melakukan pembelian pertama dengan perbelanjaan minimum
RM25.


Alain Yee, Ketua ShopeePay berkata, “Dengan keadaan semasa, semua pihak sedang
berusaha untuk melakukan segalanya demi memelihara keselamatan, dan ini termasuk bagi
pelanggan dan kakitangan dalam sektor peruncitan. Oleh itu, perniagaan-perniagaan pada
masa ini wajar mengamalkan pembayaran tanpa sentuhan, seperti menggunakan ShopeePay,
sebagai langkah dalam meminimumkan risiko.”

“Dengan adanya ganjaran seperti pulangan tunai, ini juga akan mempercepat penggunaan
pembayaran tanpa sentuhan yang selari dengan visi negara menuju sebuah masyarakat tanpa
tunai.”


Untuk mula menggunakan ShopeePay dan menikmati penjimatan, para pengunjung boleh
mengambil kesempatan ini untuk membeli peralatan sekolah di MYDIN untuk anak-anak
mereka menjelang permulaan sesi persekolahan tahun 2021.

Kempen istimewa “Kembali ke Sekolah Bersama MYDIN!” berlangsung dari 7 Januari hingga 24 Januari 2021, dan akan menawarkan pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah, barangan alat tulis dan banyak lagi dengan tawaran menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: