Terkini

Sugu dibebaskan dengan bon berkelakuan baik tiga tahun

IPOH – Seorang bekas pekerja ladang, M Sugu, yang juga suami kepada penggiat YouTube masakan, S Pavithra Pavithra pada Isnin dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini dengan dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun kerana kesalahan memiliki senjata berbahaya, Julai lepas.

Hakim Norashima Khalidu turut mengenakan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap Sugu, 30, setelah dia mengaku bersalah serta mengarahkan Sugu membayar kos RM3,000 kepada pihak pendakwaan.

Sugu didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini antara jam 4 petang dan 6 petang pada 21 Julai 2020.

Ketika menjatuhkan hukuman itu, Norashima berkata, mahkamah mengambil kira rayuan pihak pembelaan dan permohonan agar pihak pendakwaan menilai semula kes berkenaan.

Peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi, memohon mahkamah membenarkan perintah bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah atas alasan bahawa insiden berlaku kerana salah faham.

Syahrul Nizam berkata, anak guamnya tidak pernah terlibat dalam sebarang kes jenayah dan perlu menyara dua anak yang masih kecil.

“Anak guam kami juga salah seorang calon Ikon Anak Bandaraya Ipoh yang mana hasil usaha beliau lakukan sedikit sebanyak mengharumkan nama negeri Perak,” katanya menambah anak guamnya itu telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi apa yang berlaku.

Pada 17 September 2020, Mahkamah Sesyen Ipoh melepas tanpa membebaskan Sugu daripada tuduhan mencederakan Pavithra, 28, pada waktu kejadian selepas isterinya itu mengangkat sumpah bagi menarik balik pertuduhan dengan rela tanpa paksaan dan ugutan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: