Terkini

Prasarana nafi kesesakan dalam tren monorel

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyifatkan sebuah laporan berita oleh media portal thevibes.com sebagai mengelirukan dengan menyiarkan foto tidak bertarikh, yang memaparkan keadaan penumpang di dalam sebuah tren monorel.

Menggunakan tajuk ‘KL under MCO, but monorail packed to the brim during rush hour’, artikel berkenaan menyebut bahwan gambar-gambar dihantar oleh seorang penumpang yang tidak bernama mempersoalkan mengapa keadaan itu berlaku ketika Kuala Lumpur dan Selangor
sedang dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Mengulas laporan berkenaan dalam satu kenyataan media hari ini, Prasarana melahirkan rasa sangsi bahawa gambar berkenaan dirakam ketika PKP 2.0, yang bermula pada 13 Januari lepas.

“Pihak kami sentiasa memantau keadaan semasa dalam semua perkhidmatan rel kami – MRT, LRT dan juga Monorel dan sepanjang pengetahuan kami tidak pernah berlaku kesesakan atau ‘overcrowding’ seperti yang dinyatakan oleh laporan berkenaan.

“Kami juga menjelaskan bahawa perkhidmatan rel Rapid KL – MRT, LRT dan monorel dibenarkan untuk operasi 100 peratus kapasiti.

Ini bermakna berdasarkan kepada SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan, penjarakan fizikal 1 meter tidak dikenakan di dalam tren-tren Rapid
KL,” kata kenyataan itu lagi.

Prasarana menyarankan media massa untuk memeriksa terlebih dahulu apa jua maklumat yang mereka dapat untuk kesahihan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: