Terkini

Tajuddin Abdul Rahman positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Selepas Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif COVID-19 semalam, hari ini Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula turut menerima nasib yang sama.

Kedua-dua mereka duduk bersebelahan dalam satu sidang media pada 12 Januari lepas.

Dalam satu catatan hari ini, pengelola Facebook rasmi Tajuddin berkata Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd itu disahkan positif hari ini, selepas melakukan ujian saringan pada 19 Januari lepas.

“Pada mereka yang mempunyai kontak rapat dgn beliau eloklah melakukan ujian saringan COVID-19.

“Datuk Seri Haji Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kpd semua pihak yang mendoakan beliau,” menurut catatan itu lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: