Gaya Hidup

Shopee: Aktiviti membeli-belah atas talian meningkat, tiada pembelian panik pada PKP 2.0

Kuala Lumpur – Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kedua (PKP 2.0) dari 13 Januari hingga 26 Januari 2021, trend membeli-belah atas talian sekali lagi menjadi tumpuan.

Shopee mendapati trafik ke platform dan aktiviti membeli-belah meningkat. Namun tiada tanda-tanda pembelian panik berbanding dengan PKP yang pertama pada Mac 2020 di mana kenaikan pesanan didorong terutamanya oleh pembelian barangan keperluan harian seperti makanan, pelitup muka serta pembersih tangan.

Sebaliknya, rakyat Malaysia didapati membeli peralatan teknologi pengguna dan produk pembaikan rumah di samping peningkatan permintaan bagi pelitup muka, makanan kering, diproses, segar dan beku, serta produk kesihatan dan pembersih kali ini.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee menjelaskan bahawa ini kemungkinan rakyat Malaysia lebih bersedia dan jelas dengan situasi semasa PKP. “Berbanding dengan PKP yang pertama di mana
barangan keperluan harian menyumbang sebahagian besar kepada pesanan di platform kami, kali ini,
data menunjukkan rakyat Malaysia juga membeli barangan untuk menyesuaikan diri untuk bekerja
dan/atau belajar dari rumah serta produk-produk untuk menyerikan rumah kediaman.

Walaupun platform kami mencatat pertumbuhan keseluruhan yang kuat, jumlah pertumbuhan yang dicatatkan bagi kategori bukan barangan runcit nampaknya lebih tinggi.”

Shopee membuat perbandingan dan menganalisis data trend pengguna dari PKP pertama (16 Mac –
20 Mac 2020) dengan lima hari pertama (11 Januari – 15 Januari 2021) sejak PKP 2.0 diumumkan.

Barangan Keperluan:
● Dengan lebih daripada 50 juta barangan keperluan untuk dipilih dari kedai seperti Agrobazaar oleh
FAMA, Mydin, Tesco, Village Grocer, dan Nestle, lima kali ganda makanan ringan seperti biskut,
coklat, kacang dan buah-buahan kering serta keropok dibeli dan membawakan jumlah jualan
kepada setengah juta unit.


● Shopee juga mendapati permintaan untuk daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan
meningkat hampir dua kali ganda kepada 85,000 unit dijual.


● Begitu juga dengan permintaan untuk makanan haiwan peliharaan yang melonjak tiga kali ganda
kepada lebih 330,000 unit dijual.


Untuk rumah kediaman:
● Dengan para pengguna menghabiskan lebih banyak masa di rumah, projek mencantikkan rumah
kediaman secara DIY semakin popular.


● Ini terbukti dengan barangan pembaikan dan hiasan rumah meningkat 8 kali ganda dengan lebih
900,000 produk dijual.

Bekerja & Belajar di rumah:
● Dengan golongan pekerja dan pelajar menyesuaikan diri untuk bekerja dan belajar di rumah, tidak
menghairankan apabila rakyat Malaysia didapati mencari peralatan teknologi pengguna.


● Produk seperti komputer riba, telefon pintar, tablet, komponen rangkaian, papan kekunci,
pencetak dan sistem audio menyaksikan peningkatan 4.5 kali ganda dengan lebih daripada
550,000 unit dijual.


● Rakyat Malaysia juga beralih kepada Shopee untuk mencari penyelesaian sambungan internet
yang berpatutan kali ini untuk meningkatkan lebar jalur di rumah. Hasilnya, pembelian kad SIM
YES Kasi Up mencecah hampir 20,000 unit dalam masa lima hari.

CNY di Rumah: Dengan perayaan Tahun Baru Cina yang kian menjelang, semangat membeli-belah
kelihatan tidak terganggu. Produk seperti ‘100 Plus’, ‘hiasan Tahun Baru Cina’, ‘Sarang Burung’,
‘Abalone’, ‘kemeja-T Keluarga Pencocokan Lembu’ dan ‘cheongsam’ muncul sebagai 30 carian kata
kunci teratas di antara mereka yang meraikan Tahun Baru Cina. Pencarian ini akan terus meningkat,
terutamanya dengan pelancaran Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina yang berlangsung hari ini
sehingga 13 Februari.


Shopee akan menawarkan pelbagai produk menarik kepada rakyat Malaysia supaya para pengguna
boleh mendapatkan barangan keperluan dan lebih lagi secara selamat dari rumah dengan baucar
diskaun 88% setiap hari, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 serta tawaran
harga menakjubkan pada hanya 8 sen.


Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina juga membawakan pengguna RM8,888 Kotak Bertuah Shopee
setiap hari dengan hadiah wang tunai dari RM0.88, RM8.88, RM88.88, RM888.88 dan hadiah utama
sebanyak RM8,888 untuk dimenangi. Tontoni Shopee Live setiap hari pada pukul 10 malam.


Gandakan peluang untuk memenangi Kotak Bertuah Shopee dengan menonton sesi penstriman
langsung tambahan pada 18 Januari, 25 Januari dan 2 Februari pada jam 1 petang.


Seperti biasa, rakyat Malaysia akan menikmati lebih tawaran dan promosi pada tiga tarikh istimewa
ini untuk menandakan permulaan kempen tersebut, Pay Day Sale dan 2.2 Jualan Tahun Baru Cina.


Pada tarikh-tarikh istimewa ini, para pengguna akan menerima 88,000 baucar penghantaran percuma
tambahan yang boleh digunakan untuk pembelian dari harga serendah RM8, baucar 50% pulangan
tunai Syiling Shopee dan lebih banyak diskaun!

Selain itu, dapatkan diskaun sehingga 80% untuk Limited Time Huat Deals pada 12 tengah malam, 12
tengahari dan 8 malam pada 18 Januari dan 2 Februari.


Untuk menepati agendanya bagi menawarkan hiburan kepada penggunanya di samping aktiviti
membeli-belah, rakyat Malaysia boleh bermain Permainan Shopee seperti Shopee Farm, Shopee
Bubble, Shopee Candy, Spin & Win dan banyak lagi untuk memenangi dari jumlah sebanyak 18,888,888 Syiling Shopee.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: