SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 pada Isnin.

Nazri berkata, perkara tersebut disahkan melalui ujian saringan yang dilakukan beliau selepas mendapati mempunyai kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 ketika sidang media pada Selasa lalu.

“Zaharin Mohd Yasin (blogger) masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19.

“Lepas saya baca blog itu, saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, beliau kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula Isnin.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading