Terkini

TABIKA Perpaduan diarah tutup sepanjang PKP

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara mengarahkan semua TABIKA Perpaduan di seluruh negara ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0).

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan trend harian kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Katanya, penutupan itu juga mengambil kira pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Sabtu lalu, serta keputusan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) semalam.

“Bermula esok semua murid TABIKA Perpaduan Tahun 2021 di seluruh negara akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), menggunakan medium komunikasi secara dalam talian,” katanya melalui suatu kenyataan media, hari ini.

Beliau menegaskan, langkah itu bertujuan membantu mencegah penularan wabak COVID-19 selain memastikan sesi pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak dapat diteruskan.

Pada Sabtu lalu, melalui kenyataan dikeluarkan KPM, hanya pelajar yang menduduki peperiksaan utama saja dibenarkan hadir ke sekolah bermula esok.

Ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira trend peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: