Hiburan

Aeril Zafrel Positif COVID-19

Dengan peningkatan kes harian COVID-19 sebanyak empat angka beberapa bulan ini, ramai selebriti turut berkongsi berita mereka disahkan positif virus itu.

Terbaharu, pelakon popular Aeril Zafrel mengesahkan dirinya positif COVID-19 melalui satu hantaran di Instagram pada 21 Januari 2021.

“Saya tidak ada ada sebarang gejala. Cuma, pada Isnin lalu saya hantar pengurus ke klinik sebab dia demam.

“Saya tidak mengesyaki dia dijangkiti Covid-19 sebab sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, dia hanya duduk di rumah. Dia pun tidak tahu dapat jangkitan dari mana. Disebabkan itu, semalam kami buat ujian saringan dan hasilnya positif,” katanya.

Menurut Aeril, selepas disahkan positif dia terus mendapatkan khidmat klinik berkaitan untuk membuat ujian ke atas isteri, tiga anak dan semua kakitangannya.

“Sementara menunggu keputusan semalam, di rumah saya tak memeluk atau bersentuhan dengan mereka. Selepas disahkan positif, saya terus menghubungi pihak klinik dan mereka datang ke rumah untuk buat ujian saringan. Alhamdulillah, mereka semua negatif.

“Sekarang, saya menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya berada di tingkat atas dan tidak keluar bilik. Saya juga sudah menyerahkan maklumat diri.

“Ini adalah kali keempat saya buat ujian saringan sejak penularan wabak ini. Saya pula jenis kalau rasa tak sedap badan, terus buat saringan. Bukan apa, saya bimbang akan keselematan anak-anak yang masih kecil dan orang sekeliling,” katanya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: