Terkini

Hakim kes Najib dipindahkan

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes SRC International dipindahkan semula ke Mahkamah Sivil.

Pertukaran Mohd Nazlan ke Mahkamah Sivil adalah bagi menggantikan Hakim Mahkamah Tinggi Wong Chee Lin yang akan bersara.

Arahan pemindahan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah 3) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (NCvC 2) itu dikeluarkan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan berkuat kuasa 1 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan kepada semua anggota Majlis Peguam dalam pekeliling dikeluarkan semalam.

Ketika dihubungi, peguam P G Cyril mengesahkan menerima surat pekeliling oleh Setiausaha Badan Peguam Malaysia, A G Kalidas.

Sementara itu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) turut mengesahkan pertukaran itu.

Bagaimanapun, katanya, pertukaran itu adalah amalan biasa untuk hakim.

“Mohd Nazlan sebelum ini adalah Hakim Mahkamah Tinggi Komersial sebelum berpindah ke Mahkamah Tinggi Jenayah serta mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam hal berkaitan kes sivil dan komersial.

“Bagaimanapun, kes jenayah yang belum selesai akan terus didengar oleh Mohd Nazlan walaupun selepas tarikh kuat kuasa pertukaran pada 1 Mac nanti,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Mohd Nazlan masih perlu mendengar dan memutuskan beberapa kes berprofil tinggi sebelum pemindahannya pada 1 Mac ini antaranya kes lucut hak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$340 juta ke atas PetroSaudi International Limited dan empat lain.

Mohd Nazlan turut menetapkan 3 Februari ini untuk keputusan kes membabitkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang didakwa atas sembilan pertuduhan rasuah.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mohd Nazlan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.

Beliau juga menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau tambahan lima tahun penjara jika gagal membayarnya kepada Ahli Parlimen Pekan itu bagi satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Hakim turut memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, tambahan lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.

Walaupun hukuman penjara itu berjumlah 72 tahun, namun hakim bagaimanapun memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak. Ini bermakna Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Mohd Nazlan menyifatkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International dihadapi Najib adalah kesalahan salah guna kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang paling teruk

Mohd Nazlan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 10 April 2015 dan kemudian Hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Januari 2017.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: