Terkini

Warga Acheh zon Ampang hulur bantuan untuk 450 mangsa banjir di Maran

Hulu Kelang – Menyedari tanggung jawab sesama hidup bermasyarakat, Yayasan Pelindung Dan Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia dengan kerjasama Komuniti Acheh Malaysia serta unit UKPJ turun padang bagi menghulurkan sumbangan untuk mangsa banjir di Maran, Pahang.

Presiden YPKPJM, Dato Tun Isham berkata sumbangan ini merupakan dasar tanggung jawab bersama bagi membantu mangsa banjir yang berlaku di Pahang, Johor dan Kelantan.

“Ini merupakan usaha yayasan yang sedar bahawa kita perlu sama-sama membantu sesiapa sahaja ditimpa bencana, Alhamdulillah usaha ini mendapat sambutan baik dari peniaga Acheh yang menyumbangkan sumbangan barangan asas kepada mangsa-mangsa banjir” katanya.

Dato Eko Indra Jaya, Timbalan Pengerusi YPKPJM turut menambah, ini merupakan langkah pertama bagi misi bantuan banjir dan keseluruhannya mempunyai 11 lagi misi bagi melengkapkan program kemanusiaan ini.

“Kami ada 11 titik lagi bagi melengkapkan misi bantuan ini dimana yang pertama ini kami kumpulkan sumbangan makanan asas termasuk kain sarung dari peniaga Acheh zon Ampang.

“Selepas ini, kami akan bergerak mengumpul barangan sumbangan dari zon Gombak, Keramat, Klang, dan banyak lagi.

“Untuk yang pertama ini adalah usaha dan tanggung jawab dari semua peniaga warga Acheh dari zon Ampang yang akan diedarkan kepada 450 buah keluarga terjejas banjir di Maran dan insyaAllah akan diperluaskan ke seluruh negeri lain yang terlibat” tambahnya.

Program pelepasan misi bantuan ini dirasmikan oleh Dato’ Sri Dr. Haji Ismail, Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan selaku Ahli Parlimen Maran.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak yayasan, komuniti dan peniaga Acheh Malaysia serta penyumbang lain yang sudi membantu mangsa-mangsa banjir di Maran.

“Banjir kali ini lebih teruk dari tahun 2014 dimana kita lihat kali ini banyak kediaman musnah dan keluarga yang terputus bekalan makanan” katanya.

Misi bantuan ini membawa sumbangan makanan asas termasuk kain sarung untuk 450 buah keluarga terjejas.

Sumbangan ini di sumbangkan dari peniaga-peniaga dan warga Acheh dari seluruh zon Ampang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: