Terkini

MITI: Kerajaan mungkin timbang perketat SOP bendung penularan COVID-19

KUALA LUMPUR – Kerajaan mungkin menimbang mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelakkan penularan di tapak dan memperkenalkan garis panduan jelas mengenai perancangan geospatial seperti menyatakan kuantiti tetapan dalaman pada masa tertentu, kata  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Selain itu, kita boleh meningkatkan pengujian bersasar serta mengawal selia kos kit ujian RTK-Antigen bagi menjadikan ujian COVID-19 lebih murah dan boleh dilakukan dengan lebih meluas terutamanya bagi industri,” kata MITI. 

Kementerian itu berkata demikian susulan gesaan agar kerajaan mengenakan semula sekatan pergerakan sepenuhnya bagi menangani lonjakan tinggi kes jangkitan di negara ini. 

Ia berkata sebarang tindakan yang diambil perlu dilihat bersama cadangan lain mengenai strategi dan pilihan alternatif. 

MITI berkata ia juga mencadangkan SOP bagi majlis sosial diperketatkan manakala larangan penuh bagi perjalanan antara negeri perlu dilaksanakan buat sementara waktu.

Bagaimanapun ia menggesa perniagaan terus dibuka dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP ketat. 

Kementerian itu menegaskan penglibatan dan pemerkasaan masyarakat adalah penting dalam memerangi COVID-19 kerana pandemik itu bermula dan menular dalam masyarakat, dan penyelesaiannya adalah dalam masyarakat itu sendiri menerusi tingkah laku, penyesuaian diri dan pematuhan mereka.  

Sementara itu, ia juga menghargai sokongan padu dan kerjasama pemegang kepentingan industri dan rakyat bagi memastikan pemulihan dan kemampanan ekonomi di tengah-tengah penularan mengganas COVID-19. 

Menurutnya, sinergi Awam-Swasta-Rakya adalah satu nilai yang paling berharga bagi pembinaan negara dan boleh diterima oleh semua orang. 

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: