Terkini

Kumpulan Penggodam ‘Anonymous Malaysia’ Beri Amaran Ancaman Siber Ke Atas Kerajaan?

Dalam rakyat Malaysia sedang sibuk mengawal dan menghentikan ancaman virus COVID-19, kini muncul pula lagi satu ancaman daripada sebuah kumpulan penggondam dikenali sebagai ‘Anonymous Malaysia’. Dari sumber video, ancaman ini adalah ancaman siber yang ditujukan kepada kerajaan Malaysia. 

Setelah lebih lima tahun menyepikan diri, Anonymous Malaysia muncul kembali dan berjanji akan membuat serangan siber ke atas laman web kerajaan serta aset dalam talian yang disebut sebagai #OpsWakeUp21. Melalui video berdurasi 2 minit 29 saat itu. Kumpulan tersebut menyatakan bahawa ancaman itu adalah sebagai wake-up call untuk kerajaan Malaysia yang dikatakan telah berdiam diri atas pelanggaran data dan penjualan maklumat peribadi rakyat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

“Sistem keselamatan didapati rendah, semua data mungkin dibocorkan. Hal ini boleh menyebabkan penjualan semua maklumat yang diperolehi,” kata lelaki bertopeng dalam video tersebut.

‘Anonymous’ merupakan satu gerakan antarabangsa yang tidak berpusat, dimulai sekitar tahun 2003 dan 2004. Mereka dikatakan mensasarkan kerajaan serta agensi-agensi, dan syarikat besar. Di negara lain juga terdapat kumpulan penggondam ‘Anonymous’ tersendiri, dan ‘Anonymous Malaysia’ mungkin tertumpu dalam negara kita sahaja.

Sekitar tahun 2015, kumpulan ini juga pernah membuat ancaman terhadap kerajaan. Nampaknya ia bukan kali pertama, dan mungkin langkah waspada perlu diambil kali ini. Apa-apa pun, kita serahkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan terhadap ancaman tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: