Terkini

SPR pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2020

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan urusan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun Keempat 2020 (ST4/2020) selama 14 hari mulai esok hingga 9 Feb ini di 910 tempat terpilih di seluruh negara.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata RDPT ST4/2020 ini mengandungi 85,358 permohonan pendaftaran pemilih baharu daripada warganegara dan 31,162 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya daripada pemilih berdaftar memohon bagi tempoh 1 Okt hingga 31 Dis.

“Semakan RDPT ST4/2020 boleh dibuat melalui beberapa kaedah semakan iaitu hadir ke 910 tempat pameran RDPT ST4/2020 di seluruh negara, mengimbas kod QR di Bahagian Pilihan Raya Parlimen, melayari portal rasmi pejabat Pilihan Raya Negeri, hadir ke pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan dan menyemak buku RDPT ST4/2020 yang disediakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua pemohon dinasihatkan menyemak nama masing-masing dalam RDPT ST4/2020 dan sekiranya pemohon mendapati namanya tidak disenaraikan, mereka boleh membuat tuntutan melalui Borang B.

Katanya, bagi pemilih berdaftar hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam RDPT ST4/2020 dalam satu-satu bahagian pilihan raya perlu mengisi Borang C.

Seterusnya beliau menjelaskan, Borang B dan C boleh dimuat turun daripada portal Pejabat Pilihan Raya Negeri dan perlu dikemukakan kepada Pendaftar Pemilih (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan pada waktu pejabat sepanjang tempoh pameran itu diadakan.

“Semasa tempoh pameran RDPT ST4/2020, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana telah meninggal dunia, hilang taraf kewarganegaraan atau apa-apa sebab berdasarkan kepada Peraturan 10 dan 25(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002,” katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai pameran RDPT ST4/2020 boleh menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri, pemohon juga boleh melayari portal SPR di https://pengundi.spr.gov.my/ atau aplikasi MySPR Semak untuk membuat semakan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: