Terkini

Pergerakan pedati dibenarkan dengan syarat ketat – Kementerian Perpaduan Negara

PUTRAJAYA – Kebenaran khas untuk pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves esok bersempena sambutan Thaipusam, diberi selepas pihak berkuasa mengambil kira perayaan itu merupakan upacara penting sambutan berkenaan.

Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara hari ini, program itu perlu mematuhi syarat ketat termasuk pergerakan bermula pada 3 pagi esok (27 Jan) dan kembali ke kuil asal pada 3 pagi Jumaat (29 Jan).

Penganut tidak dibenarkan mengiringi pergerakan pedati, selain pedati tidak dibenarkan singgah di mana-mana lokasi dalam perjalanan ke Batu Caves serta semasa ke kuil asal.

Menurut kenyataan itu, kementerian tersebut akan memantau pergerakan pedati mengikut kuasa yang terkandung dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, kementerian itu dilaporkan berkata sambutan Thaipusam di kuil-kuil di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dibenarkan.

Seluruh negara kini, kecuali Sarawak, berada di bawah PKP hingga 4 Feb depan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: