Bisnes

12,500 usahawan baharu dijangka sertai Selangor ‘E-Bazar CNY’ bulan depan

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan 25,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro sedia ada, termasuk 12,500 penjual baharu menyertai kempen Selangor E-Bazar Tahun Baharu Cina (CNY) yang bermula 1 Feb hingga 7 Mac depan.

Exco Pelaburan, Industri dan Perdagangan, Perusahaan Kecil dan Sederhana negeri, Datuk Teng Chang Khim berkata melalui kempen berkenaan, kerajaan negeri akan menyalurkan subsidi sebanyak RM2 juta dalam bentuk baucar pembelian kepada platform e-dagang iaitu Shopee dan Lazada.

Beliau berkata pelaksanaan kempen tersebut dijalankan seperti Selangor E-Bazar sebelum ini yang bertujuan menyediakan platform selamat untuk pengguna membeli pelbagai barangan dengan harga berpatutan secara dalam talian.

“Di samping itu, kempen ini juga bertujuan membantu PKS dan perniagaan mikro menerapkan digitalisasi dalam perniagaan mereka untuk terus bertahan dalam situasi ekonomi yang mencabar pasca pandemik COVID-19,” katanya pada sidang media secara maya sempena pelancaran kempen tersebut, hari ini.

Teng berkata usahawan Selangor yang berminat untuk menyertai kempen tersebut boleh mendaftar sama ada di laman web http://www.sitec.com.my dan di portal Lazada atau Shopee.

Menurutnya lagi, dua kempen Selangor E-Bazar yang dilaksanakan tahun lepas yang mencapai nilai jualan langsung sebanyak jutaan ringgit membuktikan bahawa agenda ekonomi digital kerajaan negeri telah berjaya membantu peniaga menjana pendapatan lebih banyak secara dalam talian.

“Melalui dua kempen Selangor E-Bazar sebelum ini, PKS telah menghasilkan kesan riak sebanyak RM1.39 bilion melalui jualan terus sebanyak RM43.76 juta daripada baucar bernilai RM3 juta oleh kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Kempen Selangor E-Bazar CNY itu dikoordinasikan oleh Invest Selangor Berhad dan Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) Sdn Bhd. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: