Luar Negara

PM Itali bakal letak jawatan

ROME – Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte pada Selasa dijangka memaklumkan Kabinet berhubung hasrat untuk berundur, dan kemudian menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Sergio Mattarella, menurut kenyataan pejabatnya pada Isnin.

Conte bergelut krisis selepas kerajaan pimpinannya pada minggu lalu hilang majoriti, apabila bekas Perdana Menteri Matteo Renzi keluar daripada gabungan parti pemerintah, lapor Agensi Anadolu.

Beliau dapat bertahan dengan undi percaya di Senat minggu lalu, namun dengan majoriti tipis, yang semakin melemahkan kepemimpinannya dan perlu mencari sekutu baharu di parlimen.

Namun, percubaan untuk terus berkuasa gagal apabila beberapa ahli dan kumpulan kecil parlimen tidak menyokong Conte.

Krisis kerajaan yang berlaku secara tiba-tiba itu menjerumuskan Itali ke dalam kancah kekacauan politik  lebih serius, apatah lagi ketika negara menghadapi gelombang pandemik kedua dan kemelesetan ekonomi terburuk sejak Perang Dunia II.

Kini Mattarella mempunyai beberapa pilihan. Meskipun mempunyai kuasa untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya baharu, ia agak mustahil, dan dianggap tidak sesuai diadakan di tengah  pandemik. 

Pilihan terbaik Mattarella ialah menggunakan desakan moral untuk membentuk kerajaan “peralihan” atau “perpaduan” yang disokong majoriti dan dapat memimpin Itali keluar daripada kemelut pandemik dan ekonomi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: