Hiburan

Zarina Anjoulie sah cerai selepas 6 bulan nikah

PETALING JAYA – Satu hantaran yang dimuat naik bekas pelakon, Zarina Anjoulie dalam Instagram miliknya hari ini mencetuskan tanda tanya selepas memberi bayangan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya, Eilyas Azhar atau Yas.

Dalam perkongsian tersebut, Zarina atau mesra disapa Anju menyatakan rasa syukur selepas mengumumkan dirinya telah bercerai.

“Alhamdulillah. Yeay aku dah cerai. Perkara yang paling baik dalam hidup aku. Alhamdulillah terima kasih Yas,” katanya yang turut meletakkan imoji berbentuk hati.

Bekas pelakon yang pernah membintangi drama Anak Pontianak itu telah menutup bahagian komen pada hantaran tersebut.

Menerusi hantaran berbeza, Anju telah memuat naik sebuah video menunjukkan cara memakai gincu dengan kenyataan kapsyen berbunyi: “Hidup single be like” pada hantaran tersebut.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian pengikutnya dalam laman sosial apabila masing-masing bertanyakan keadaan sebenar apa yang berlaku ke atas perkahwinannya.

Bagaimanapun, sehingga kini, Anju mahupun pihak suaminya masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Anju dan Yas selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan pada Julai tahun lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: