Terkini

Cawangan KWSP Jalan Raja Laut dibuka semula Jumaat ini

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatan kaunter di cawangan Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada Jumaat ini (29 Jan).

Dana itu dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi memastikan keselamatan dan kesihatan anggota termasuk kakitangannya, KWSP akan terus menguatkuasakan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) berikut di cawangannya di seluruh negara. 

Lawatan anggota hanya boleh dibuat menerusi kemudahan Janji Temu Online pada laman www.kwsp.gov.my dan mereka perlu melalui saringan suhu serta daftar masuk melalui MySejahtera sebelum memasuki premis cawangan dan mematuhi langkah penjarakan fizikal.

“Bagi meminimumkan risiko hubungan, anggota digalakkan untuk berurusan secara dalam talian melalui i-Akaun dan hanya hadir ke cawangan sekiranya terdapat keperluan,” katanya. 

Semua perkhidmatan kaunter di seluruh negara akan beroperasi mulai 8.30 pagi sehingga 3 petang bermula 1 Feb 2021 sehingga diberitahu kelak. 

“Sambil memainkan peranan dalam membendung penularan COVID-19, KWSP ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota kami di atas kesabaran dan kefahaman mereka kerana kami ingin berkhidmat dengan sebaik mungkin melalui saluran fizikal serta elektronik. Kami kesal dengan sebarang kesulitan yang timbul,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: