Gaya Hidup

Suria KLCC kekalkan semangat Tahun Baru Cina

Kuala Lumpur – Suria KLCC diserikan dengan keceriaan warna merah tatkala kaum Tionghua menyambut ketibaan Tahun Lembu.

‘Centre Court’ Suria KLCC kini telah ditransformasi dengan hiasan dan elemen Taman Tradisional Cina berserta tanglung dan pepohon sakura yang pastinya memukau para pengunjung yang melihatnya. Susunan kemasan yang menggambarkan ketenangan Taman Tradisional Cina ini diserikan lagi dengan dengan perhiasan bertemakan perayaan Tahun Baru Cina yang mempersonakan disetiap pintu masuk utama.

“Walaupun dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, Suria KLCC tetap berusaha untuk membangkitkan suasana perayaan bersesuaian dengan pentingnya sambutan Tahun Baru Cina 2021, disamping tegas memastikan keselamatan melalui saringan suhu di setiap pintu masuk dan kru sanitasi yang diperkukuhkan. Kami yakin para pengunjung akan kagum dan menghargai keindahan hiasan Taman Tradisional Cina ini,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

“Ketibaan Tahun Lembu kali ini akan diraikan dengan penuh keceriaan bukan sahaja melalui transformasi fizikal yang ditampilkan di pusat membeli-belah ini, malahan aktiviti atas talian juga
turut disediakan untuk para pelanggan kami. Kami akan berusaha untuk memastikan keriangan para pelanggan kami sambil mengimbau tahun yang telah berlalu,” tambah beliau.

Tahun ini, Suria KLCC juga akan menumpukan perhatian kepada anggota barisan hadapan negara yang begitu berdedikasi dalam memerangi Covid-19.

“Anggota barisan hadapan bertungkus-lumus untuk memastikan keselamatan kita semua. Suria
KLCC begitu menghargai pengorbanan, dedikasi, komitmen dan ketabahan anggota barisan hadapan dalam menangani situasi pandemik yang belum pernah dialami sebelum ini,” kata Brien

Justeru itu, Suria KLCC berbesar hati ingin menyumbang barangan makanan bernilai RM15,000
kepada para petugas di Hospital Sungai Buloh. Barangan makanan tersebut terdiri dari kopi, teh, Milo dan pelbagai jenis biskut dan mi segera untuk memudahkan pasukan perubatan barisan hadapan mengalas perut memandangkan hanya sedikit masa terluang untuk menikmati juadah dengan sempurna.

Brien juga menambah bahawa Suria KLCC akan terus memantau keadaan semasa untuk memastikan samada bantuan tambahan dapat terus disumbangkan kepada anggota barisan hadapan dan institusi perubatan.

Para pelanggan pasti yakin bahawa Suria KLCC kekal selamat dengan suasana, memandangkan amalan tahap kebersihan yang tinggi dan nyah-infeksi harian yang setanding dengan piawaian terbaik global.

Dengan jaminan ini, para pelanggan boleh menikmati suasana yang disajikan di pusat membeli- belah ini dari sekarang hingga 21 Februari 2021, dengan pelbagai tawaran yang menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: