Terkini

Jenazah Amir selamat dikebumikan


Jasin- Jenazah kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai didera selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, di sini, pada 12.40 tengah hari, hari ini.

Ketibaan jenazah menggunakan van disediakan masjid kariah Simpang Bekoh itu turut diiringi beberapa ahli keluarga kandung dan keluarga angkat mangsa.

Sebelum itu, jenazah kanak-kanak lelaki digelar ‘Adik’ itu tiba di Madrasah Asy-Syakirin, Kampung Simpang Bekoh, pada 11 pagi untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Turut hadir, ahli keluarga angkat mangsa termasuk ibu angkat, Norlida Abu Hassan dan bapa angkatnya, Md Tarmidi Yaaccob.

Polis mengawal ketat madrasah dan kawasan perkuburan dengan mengehadkan kemasukan orang awam.

Hanya ahli keluarga serta beberapa penduduk kampung dibenarkan masuk ke kedua-dua lokasi berkenaan.

Wakil media yang membuat liputan tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan atas permintaan keluarga kandung.

Terdahulu, jenazah dibawa dari Hospital Melaka pada 10 pagi selepas dituntut wakil keluarga kandung mangsa.

Keluarga angkat terpaksa akur dengan keputusan dicapai menerusi perbincangan kedua-dua pihak lewat malam tadi.

Norlida dan Md Tarmidi sebelum ini memohon kebenaran keluarga kandung anak angkatnya supaya jenazah dikebumikan di Rawang, Selangor, namun ditolak.

Proses bedah siasat jenazah kanak-kanak malang itu bermula pada 11 pagi semalam sebelum selesai 10 malam tadi.

Polis turut mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam termasuk luka lama dan baharu dikesan pada anggota badan mangsa, khususnya di kepala dan belakangnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: