Luar Negara

Jepun akan lanjut tempoh darurat COVID-19

TOKYO – Jepun dijangka melanjutkan tempoh darurat untuk menangani penularan COVID-19 minggu ini, kerana hospital masih mengalami tekanan walaupun terdapat penurunan kes, lapor media tempatan, hari ini.

Kerajaan akan memuktamadkan keputusan itu selepas mesyuarat panel pakarnya minggu ini, lapor penyiar awam NHK.

Bulan lalu, kerajaan mengisytiharkan keadaan darurat selama sebulan, dijadual berakhir semalam, bagi 11 daerah termasuk Tokyo dan wilayah jirannya, sebahagian daripada langkah mengendalikan pandemik.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga sudah melancarkan beberapa langkah pencegahan gelombang jangkitan ketiga ketika kerajaannya bertekad menganjurkan Olimpik seperti dijadualkan pada 23 Julai.

Bagaimanapun, sokongan bagi kerajaan semakin kurang kerana tidak gembira dengan kaedah menangani pandemik COVID-19, yang disifatkan pengkritik sebagai terlalu lambat dan tidak tetap.

Kerajaan juga mungkin mempertimbangkan untuk menamatkan darurat di beberapa daerah tidak berpenduduk seperti Wilayah Tochigi, yang mengalami penurunan kes, lapor media tempatan.

Tinjauan akhbar Nikkei mendapati 90 peratus responden lebih suka tempoh darurat di kawasan dikuatkuasakan, dilanjutkan.

Jepun merekodkan sebanyak 390,687 kes COVID-19 dan 5,766 kematian, kata NHK.

Di Tokyo, sebanyak 633 kes baharu direkodkan semalam, iaitu di bawah paras 1,000 bagi tiga hari berturut-turut.

Dalam perkembangan lain, Dewan Negara Jepun dijangka meluluskan kajian semula undang-undang tindakan khas COVID-19, hari ini, disusuli persetujuan Dewan Rakyat, Rabu ini, kata NHK.

Semakan semula itu bertujuan memperketat peraturan dan membolehkan pihak berkuasa mengenakan denda kepada individu yang melanggar undang-undang. – AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: