Kuala Lumpur – Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat mencuci kereta adalah dibenarkan mulai esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun katanya, semua operasi berkenaan perlu dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

“Operasi pasar malam dibenarkan bermula jam 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP ketat iaitu jarak gerai satu meter antara satu sama lain, hanya satu jalan masuk dibenarkan dan kawalan ketat pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Untuk kedai gunting rambut, dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam dan hanya khidmat gunting rambut dibenarkan.

“Petugas mesti mematuhi SOP ketat iaitu memakai pelindung muka, pelitup muka, apron pakai buang, sarung tangan dan alat mesti dibersihkan menggunakan air panas setiap kali selesai untuk setiap pelanggan,” katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri berkata, operasi perniagaan pusat cuci kereta juga dibenarkan sehingga jam 10 malam.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading