Terkini

Kartunis Petai meninggal dunia

PETALING JAYA- Kartunis majalah Ujang dan Apo?, Petai atau nama sebenar Roslan Kassim, meninggal dunia pada usia 49 tahun akibat sesak nafas.

Allahyarham meninggal di Hospital Serdang, pukul 8.14 pagi tadi.

Pemergiannya dimaklumkan oleh laman Facebook Rumah Kartun & Komik Malaysia (MCCH).

“Bersamalah kita menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan memohon doa kepada Allah yang baik-baik terhadapnya,” menurut kenyataan itu.

Berita sedih itu turut dirasai dalam kalangan peminat komik menerusi komen di laman Facebook MCCH.

“Salam takziah, kartun kesukaan saya sejak bangku sekolah. Terima kasih gembirakan hidupku,” tulis Redzuan Fitri Rahmat.

Manakala Hafiz Vomiterok berkata, ramai antara peminat membesar dengan majalah dan kartun Allahyarham.

Karya Allahyarham turut diterbitkan majalah Gelihati dan Gila-Gila.

Allahyarham juga merupakan kartunis untuk kartun dalam akhbar Kosmo! dan ilham nukilan terakhirnya dalam akhbar Kosmo! esok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: