Politik

Pejuang sudah kemuka rayuan – Hamzah

PUTRAJAYA – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung pendaftaran parti itu setelah permohonan mereka ditolak, bagaimanapun Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masih belum berbuat demikian.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata permohonan pendaftaran Pejuang dan MUDA ditolak pada 6 Jan lepas berdasarkan peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan kedua-duanya boleh mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan.

Kesal dengan dakwaan bahawa beliau yang tidak meluluskan pendaftaran Pejuang dan MUDA, Hamzah menjelaskan permohonan pendaftaran itu ditolak kerana perlembagaan parti yang dikemukakan gagal mematuhi peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta 335 itu, dengan intipati dalam perlembagaan kedua-dua parti tersebut antaranya didapati tidak teratur dan tidak spesifik.

“Bukan saya yang tolak (permohonan penubuhan) tetapi RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan),” katanya pada sidang media di sini hari ini bagi memperjelaskan status pendaftaran Pejuang dan MUDA.

Berikutan itu, Hamzah berkata jawatankuasa penaja Pejuang telah mengadakan perbincangan bersama RoS pada 8 Jan lepas bagi mendapatkan pandangan dan mengemukakan permohonan rayuan pada hari yang sama.

Jawatankuasa penaja  MUDA  pula sehingga hari ini masih tidak berjumpa dengan pihak RoS bagi tujuan konsultansi dan belum mengemukakan permohonan rayuan secara rasmi kepada Menteri Dalam Negeri, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: