Terkini

Sasar 25,000 peniaga beralih ke digital dalam norma baharu

PETALING JAYA – Kerajaan Selangor menyasar untuk membantu 25,000 usahawan beralih ke arah digital menjelang akhir tahun ini.

EXCO pembangunan usahawan berkata sasaran meliputi usahawan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), peniaga baharu dan penjaja.

Rodziah Ismail menjelaskan pelbagai program latihan akan dilaksana secara maya, sesuai dengan norma baharu bagi mencapai hasrat tersebut.

“Usaha ini mungkin memerlukan kerja keras memandangkan ada yang tidak faham konsep dalam talian apatah lagi berniaga melalui kaedah tersebut,” katanya selepas meninjau masalah penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 di sini semalam.

Sementara itu, beliau menjangka seramai 1,200 usahawan menyertai kelas e-dagang anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) tahun ini.

Menurut Rodziah, platform yang menyasar 10,000 peniaga berjaya merekodkan 8,800 penyertaan sejak ditubuhkan pada 2016.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: