KAJANG – Pengerusi sebuah pertubuhan dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis di sini Jumaat lalu.
Tertuduh didakwa dibawah seksyen 89(c) / 94 Akta Polis 1967 dibaca bersama sek 34 KK danseksyen 5 Akta Lambang Dan Nama (PTW) 1963.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah. Tertuduh pertama, Roshazreel bin Roslan dijatuhi hukuman denda RM5000 dan RM 500 manakala tertuduh kedua Usmaluddin bin Mkamalsjah dijatuhi denda RM500.

Terdahulu, pihak polis menerima laporan berhubung tular gambar dan video beberapa individu daripada sebuah pertubuhan yang menjalankan tugasan rondaan dengan menggunakan identiti seperti pegawai polis.
